Sekumpulan pelajar sekolah berpakaian seragam berbual dan tersenyum di kawasan sekolah, dengan beg dan botol air Eduvia

Bijak dalam Akademik, Berjaya dalam Kehidupan.

Di Eduvia, Eco Grandeur, kami bantu pelajar dalam akademik berdasarkan silibus KPM (KSSR/KSSM). Kami juga bantu pelajar Membaca, Menulis, & Mengira (3M).

FREE Upon Registration

Setiap pelajar yang daftar akan dapat Tote Bag dan Tumbler Eduvia.

Beg tote Eduvia berwarna krim dengan tali biru dan tulisan impossible
Botol air Eduvia berwarna kuning dengan penutup dan pemegang biru

Pendekatan kami

Uji. Semak. Bantu.

Ujian diagnosis, ujian bulanan & kelas tuisyen untuk bantu pelajar progres ke arah yang betul.

eduvia.my/pelajar
Ujian diagnosis

Pecahan · Darjah 5

Soalan 3 / 10

1/2 + 1/4 = ?

Tekan satu jawapan Belum tepat. Cuba lagi! Betul! 1/2 + 1/4 = 3/4

Modul Eduvia

Nota Mesra Pelajar

Modul kami disusun mengikut keperluan pelajar supaya pembelajaran lebih mudah didekati.

Bab 1 · Sistem Saraf Manusia

Nota Yang Jelas

Topik utama diterangkan dengan mudah, supaya pelajar boleh mengulang kaji sendiri.

Bab 7 · Tenaga Kinetik

Contoh Jalan Kerja

Penyelesaian langkah demi langkah untuk tunjuk pelajar cara dapatkan jawapan.

Latihan 1.1 · Sistem Saraf Manusia

Latihan Dwibahasa

Latihan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mesra DLP.

Contoh halaman daripada modul Sains Tingkatan 3 Eduvia.

Program

Dari 5 Tahun hingga SPM

Kelas berdasarkan umur pelajar (Pelajar Darjah 1 dimasukkan ke 3M).

5 Tahun, 6 Tahun & Darjah 1

Asas 3M

Membaca, Menulis dan Mengira (3M) dari awal, supaya anak bersedia ke sekolah.

Darjah 2 – 6

Sekolah Rendah

Membina asas yang kukuh supaya pelajar dapat skor di ujian MPT4 pada Darjah 4.

Tingkatan 1 – 3

Menengah Rendah

Fokus kepada kefahaman konsep, bukan menghafal untuk sesuaikan dengan ujian baru pada 2027 iaitu MPTg3.

Tingkatan 4 – 5

Menengah Atas & SPM

Persediaan SPM yang tersusun: kenal pasti bahagian yang lemah lebih awal, dengan teknik menjawab dan latihan Soalan Trial & Past Year.

Jadual 2027

Jadual Kelas

Pilih umur anak anda untuk lihat masa kelas.

Yuran 2027

Kira Yuran

Pilih peringkat dan subjek untuk lihat bayaran bulan pertama dan yuran bulanan.

Soalan lazim

Soalan daripada ibu bapa

Peringkat apa yang Eduvia ajar?

Dari 5 Tahun hingga Tingkatan 5 (SPM), mengikut silibus KPM.

Subjek apa yang ada?

Bahasa Melayu, English, Sejarah, Mathematics, Science, Add Maths dan Accounting, ikut peringkat. Asas 3M fokus kepada Membaca, Menulis & Mengira.

Berapa yuran di Eduvia?

Bergantung pada peringkat dan bilangan subjek, bermula RM200 sebulan. Guna Kira Yuran untuk lihat jumlahnya.

Ada kelas percubaan percuma?

Ada. Tekan Join Free Trial Class untuk daftar.

Apa beza Kumpulan A dan Kumpulan B?

Sesetengah kelas ada dua kumpulan kerana permintaan yang tinggi. Tetapi untuk Asas 3M, perbezaan kelas adalah bergantung pada tahap penguasaan pelajar.

Bagaimana Eduvia bantu anak saya?

Uji, Semak, Bantu: kami uji tahap anak, semak bahagian yang lemah, kemudian bantu melalui kelas tuisyen dan latihan.

Bagaimana saya tahu perkembangan anak saya?

Kami kongsikan keputusan ujian bulanan: bahagian yang Pandai dan yang Perlu Tingkatkan.

Adakah Eduvia bantu persediaan MPT4, MPTg3 dan SPM?

Ya. Kelas kami disusun untuk bantu pelajar dalam MPT4, MPTg3 dan SPM.

Bahan pembelajaran dalam bahasa apa?

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Nota kami mesra DLP.

Di mana Eduvia?

Di Eco Grandeur, Puncak Alam (Eco Utopia).